Notice: Use of undefined constant d - assumed 'd' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38

Notice: Use of undefined constant m - assumed 'm' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38

Notice: Use of undefined constant y - assumed 'y' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38
Insert Introduction Text Here

Berita Penuh

Senarai Terkini Anggota Umno Dipamer Mulai 15 Mac

Senarai terkini anggota Umno akan dipamer selama sebulan di semua pejabat cawangan dan bahagian parti mulai 15 Mac ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memutihkan senarai anggota selain mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.

"Menerusi proses pemutihan ini kita akan mengeluarkan nama anggota Umno yang telah meninggal dunia atau berpindah parti," katanya.

Tengku Adnan berkata bagi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pula boleh membuat aduan di semua pejabat cawangan Umno atau menghubungi ibu pejabat parti.

"Senarai sebenar anggota Umno akan dikeluarkan sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula pada Mei ini," katanya.

Sehingga kini Umno mempunyai 3.6 juta anggota.

Online Media

Video

Berita Terkini

TVSelangor Poll

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) enggan melapor kepada kerajaan negeri bagaimana 1,300 ekar tanah berrnilai RM 540 juta dimanfaatkan

  

  

Getting poll results. Please wait...